Followers

Thursday 14 July 2011

CARA MEMBUAT BLOG



Langkah 1
- Apabila anda ingin membina blog, pastikan anda mempunyai akaun email. 
- Jika anda tidak mempunyai akaun email ,anda perlu  membuka  akaun baru.
- Klik pada perkataan create an account. Isikan semua maklumat yang diperlukan
  pada paparan yang keluar.


Langkah 2
- Apabila akaun google anda sudah aktif, anda boleh melayari laman web
-Anda bolehlah mendaftar blog menggunakan akaun google anda.




Langkah 3
-Kemudian klik anak panah "CREATE YOUR BLOG NOW" .  Anda akan lihat paparan muka "Create  a Google Account" seperti   dalam gambar dibawah.
-Setelah selesai dan anda yakin semua maklumat yang ditaip adalah betul sila klik  anak panah "CONTINUE"  untuk  langkah seterusnya. Jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan Google akan memaparkan semula paparan muka ini untuk anda betulkan sebarang kesilapan.




Langkah 4
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Name Your Blog" seperti gambar di bawah
  untuk  menamakan blog anda. Ada tiga ruangan yang perlu diisi:-
  • Blog title
  • Blog address 
  • Word Verification
- Setelah lengkap diisi, sila klik anak  panah "CONTINUE" untuk langkah berikutnya.


Langkah 5
- Kemudian anda diberi pilihan  memilih 'template' untuk blog anda. 
- Pilih salah satu dan klik "CONTINUE"



Langkah 6
- Anda akan dibawa kepada paparan muka "Your blog has been created!" seperti dalam gambar di bawah. 
- Ini menunjukkan anda telah berjaya membuat satu blog untuk anda, jangan lupa catatkan alamat 
  URL blog  anda, ID pengguna dan kata laluan untuk akaun google blogger anda.




Langkah 7
-Setelah selesai proses membina akaun ini, klik pada panah "START BLOGGING" untuk langkah seterusnya.
-Kemudian klik New Post untuk mengisi catatan pada blog anda.
- Klik publish post sekiranya selesai.
-Selamat mencuba, anda kini boleh memiliki blog sendiri.